19/10/2008 3.00 ptg ------------------------ Setelah berehat 2 minggu, saya telah diarahkan oleh boss IT Dungun untuk mengambil alih laman ini. Daripada seorang politikus saya menjadi seorang 'majalahkus'. Walaupun tak banyak beza dengan TKO saya masih belum 'serasi' dimana saya mahu mula. TP nampak macam tak kisah bila masuk TKO tapi saya rasa berbeza sedikit. Susah nak cakap tapi kena mula. I try my best.....
JIKA disebut namanya, tentu anda menyangka ia sebuah premis elit, namun Pasar Orang Kaya yang cukup terkenal di kalangan penduduk Pulau Pinang tidak begitu keadaannya.
Ia bukan pula bersaiz besar atau berhawa dingin seperti pasar raya besar moden, malah jauh sekali menyerupai sebuah pasar awam yang sering kita temui di kawasan-kawasan perumahan.
Terletak di Perai, pasar yang menyerupai pasar malam itu didirikan di atas sebidang tanah dengan beberapa gerai jualan pelbagai jenis makanan laut, daging dan juga sayur-sayuran.
Pada awal kewujudan, ia cuma menjual makanan laut segar terus dari jeti nelayan kepada pelanggan. Ekoran itu, harga diletakkan juga tinggi lantas hanya mampu dibeli orang kaya.
.................................................................. Posted by SongkokPutih on Monday, October 20 @ 18:44:56 MYT - Telah dibuka sebanyak 473 kali -
Darah ini najis, menurut kesepakatan ulama. Telah disebutkan dalil yang menunjukkan kenajisannya.
2. Darah manusia
Terdapat perselisihan pendapat mengenainya. Pendapat yang masyhur dari kalangan para ulama mazhab fiqh bahwasanya darah adalah najis. Namun, mereka tidak memiliki hujjah yang kuat. Kebanyakan mereka menganggap bahawa darah itu diharamkan berdasarkan dalil al-Quran sebagaimana dalam firman-Nya:
.................................................................. Posted by SongkokPutih on Monday, October 20 @ 12:48:26 MYT - Telah dibuka sebanyak 323 kali -
Pandangan pertama pada Faatihah Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, 24, orangnya tenang dan terkawal. Mungkin kerana sebagai anak sulung, dia mempunyai tanggungjawab besar dan menjadi anak harapan keluarga.
Bapanya baru beberapa bulan menjadi Menteri Besar Perak, walau semuanya masih baru, gadis berkulit cerah ini mahu segalanya berjalan lancar terutama perjalanan jadual kerja ibunya. Dahulu menjaga adik-adik kini orang kuat ibunya pula.
Faatihah yang dipanggil Kak Yong dalam keluarganya senang mesra membuatkan kita selesa bersamanya, bagaikan sudah kenal lama. Sifat ibu dan bapa, nampaknya diwarisi gadis manis ini. Namun, dalam kelembutannya, semakin lama bersembang, kita tahu dia seorang yang tegas dan berani.
.................................................................. Posted by SongkokPutih on Sunday, October 19 @ 20:41:14 MYT - Telah dibuka sebanyak 9371 kali -
Pemandangan gadis manis bertudung, bukanlah asing di Seven Eleven. Mengaitkan mereka dengan penjualan arak memang tidak munasabah tetapi itulah yang berlaku.
Seorang lelaki pernah menegur keadaan ini di dalam laman web bnbbc
"Saya perhatikan perkara ini adalah pandangan yang biasa diperhatikan di sekeliling kita. Yang lebih menyedihkan petugas di kaunter yang menjual arak ini adalah muslimah yang memakai tudung di kepala.
Mereka ini pakai tudung sebab trend sekarang pakai tudung tanpa menyedari betapa besarnya dosa menjual arak itu.
.................................................................. Posted by SongkokPutih on Sunday, October 19 @ 19:29:36 MYT - Telah dibuka sebanyak 302 kali -
Seorang pembaca, SYED ABDULLAH OSMAN JAMALULLAIL dari Ampangan, Seremban, menghantar surat ke ruangan forum Utusan Malaysia dan Surat & Emel Berita Harian, meminta umat Islam seMalaysia berhati-hati dengan minuman ringan dalam tin yang dikatanya mengandungi alkohol.
Di dalam Utusan menyebut tentang nama minuman itu - 'Minuman shandy ini dikeluarkan oleh sebuah syarikat pengeluar bir tempatan.'
Manakala Berita Harian pula, ayat di atas telah diedit dan tidak disiarkan. Mungkin menjaga sensitiviti produk.
Di bawah ialah keseluruhan surat itu dari UM dan BH.
.................................................................. Posted by SongkokPutih on Sunday, October 19 @ 19:18:57 MYT - Telah dibuka sebanyak 416 kali -
KUCHING 18 Okt. - Seorang wanita mati dipercayai dibakar hidup-hidup oleh adik iparnya dalam satu kejadian di Jalan Merdeka, Jalan Astana Kampung Tupong Hulu di sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, Mordiah Hamden, 43, yang hanya bekerja sebagai pengasuh kanak-kanak mati dipercayai akibat kesan kebakaran teruk di badannya.
Suspek berusia 33 tahun itu kemudian menyerah diri tidak lama kemudian di Balai Polis Sentral di sini.
Menurut adik mangsa, Salleh Hamden, 35, sebelum kejadian, dia baru pulang kerja dan mendapati kakaknya itu sedang menonton televisyen sendirian pada pukul 8 malam.
.................................................................. Posted by SongkokPutih on Sunday, October 19 @ 15:09:35 MYT - Telah dibuka sebanyak 466 kali -
Di dalam persekitaran yang penuh cabaran ini, pasti semua individu menghadapi masalah yang tidak dapat dielakkan, iaitu masalah Keyakinan Diri. Bagaimana kita mengekalkan atau meningkatkan keyakinan diri kita?
Berikut merupakan beberapa tip yang boleh diambil sebagai panduan untuk meningkatkan keyakinan diri anda : Kita sebagai seorang individu yang normal atau kurang upaya, mempunyai kelebihan dan kekurangan diri masing-masing. Oleh itu, anda yang dapat mengenali diri anda dengan baik pasti anda mengetahui kelebihan dan kekurangan diri anda itu.
Dengan itu, anda diminta untuk mengasah kelebihan anda dan memanfaatkannya dengan sebaik mungkin. Dengan cara ini seseorang itu betul-betul menghargai usaha sendiri dan puas dengan apa yang dikecapi hasil daripada usaha yang dilakukan.
.................................................................. Posted by TokPenghulu on Sunday, June 08 @ 09:29:04 MYT - Telah dibuka sebanyak 1197 kali -
Huhu..berdebar rasanya menunggu kelahiran sulung bayi aku dan suami ke dunia ini. Adakah benar jantinanya perempuan seperti yang discan oleh doktor atau adakah jantinanya lelaki seperti yang diramalkan oleh orang-orang yang sudah berpengalaman. Tinggal satu kali lagi jumaat (7hari) dari tarikh post ini untuk aku mengetahuinya. Apa pun aku masih lagi bekerja macam biasa. Ala, lagi 3 hari aje lagi aku perlu bekerja.
Berikut adalah amalan-amalan sunat yang bakal aku dan suami lakukan sebagai tanda kesyukuran kami menyambut kelahiran sulung ini:
.................................................................. Posted by TokPenghulu on Sunday, June 08 @ 09:21:23 MYT - Telah dibuka sebanyak 2587 kali -
SYAITAN ialah musuh sejati, bukannya teman sejati. Ia tidak boleh dibuat kawan, sebaliknya kena dibuat lawan.
Jika hendak bermusuh dengan syaitan, kita mesti mengetahui teknik serta sepak terajang syaitan dan konconya yang begitu taktikal, sebab tugas mereka sangat profesional menggoda dan menyesatkan manusia.
Pertemuan kali ini kita ingin melihat strategi syaitan dengan pelbagai cara supaya dengan mengetahuinya kita boleh menghindari diri dan terhindar daripada godaan mereka.
Antara strategi syaitan ialah:
.................................................................. Posted by TokPenghulu on Friday, May 30 @ 10:22:50 MYT - Telah dibuka sebanyak 2188 kali -
SEGAMAT: Perbuatan nakal tiga pelajar sebuah sekolah menengah di daerah ini yang memaksa seorang rakan perempuan mereka membuka pakaian sebelum merakam gambar payudara mangsa, mengundang padah apabila mereka ditangkap polis, Selasa lalu.
Kejadian berlaku Februari lalu ketika sekolah berkenaan mengadakan kejohanan sukan tetapi mangsa yang berumur 17 tahun hanya membuat laporan polis Isnin lalu, selepas gambar bogelnya tersebar melalui khidmat pesanan multimedia (MMS) telefon bimbit dan diterima orang ramai termasuk tunang dan beberapa rakannya.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abdul Majid Mohd Ali, berkata ketika dipaksa membuka pakaian seragam sekolahnya dalam sebuah bilik stor sekolah itu, mangsa dalam keadaan ketakutan kerana diugut supaya tidak memberitahu perkara berkenaan kepada orang lain.
.................................................................. Posted by TokPenghulu on Friday, May 30 @ 10:16:06 MYT - Telah dibuka sebanyak 4534 kali -
Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.